Powered By Blogger

Saturday, March 3, 2012

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Wednesday, February 29, 2012

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB


Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara:

1) Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4) Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

Monday, September 5, 2011

HADIS 40

HADIS PERTAMA

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

 Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih. Tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Antara pengajaran hadis:

Sunday, August 14, 2011

SAHUR DAN KEBERKATAN


Amalan bersahur adalah amalan sunat yang di galakan di dalam ibadah puasa. Ia di lakukan sebelum masuknya waktu subuh iaitu sebelum bermulanya ibadah berpuasa. Tetapi sering kali alasan mengantuk dan letih diberikan untuk tidak bangon bersahur. Alangkah ruginya kita kerana tidak bersabur kerana di dalam amalan bersahur itu ada keberkatan dan keberkatan pula bermakna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai, dan Ibn Majah). Di dalam Hadis yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air."(Hadis riwayat Ibnu Hibban). Disini dapat kita lihat betapa pentingnya tuntutan bersahur sehingga memadai dengan seteguk air, kita telah mendapat berkat dari Allah.

 Selain itu, amalan bersahur juga dapat membezakan puasa kita umat Islam dengan puasa orang bukan Islam seperti orang Yahudi dan Nasrani. Hal ini di terangkan dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Allah berberikan kebaikan ke atas orang yang bersahur seperti yang di sabdakan Rasulullah "Sesungguhnya Allah dan malaikat mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur,"(Hadis riwayat At-Tabrani) Subahanallah bukan senang kita nak dapat doa dari Allah dan para malaikat, kalau kita di doakan oleh orang soleh atau alim ulamak pun kita berasa tertuah sangat ni kan Allah dan malaikat yang mendoa pasti akan termakbul doa tersebut.

selain disunatkan bersahur, kita juga di sunatkan melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan para sahabat Baginda. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya." ( Hadis rewayat Imam Ahmad). Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh, dalam hal ini Zaid bin Thabit pernah berkata " kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun unuk melakukan solat (subuh)". Zaid ditanya "Berapa lama antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?" berkata Zaid "sekadar membaca 50 ayat al-Quran".(Hadis riwayat Bukhari).

Sunday, August 7, 2011

BUKAN ALASAN UNTUK......

Assalammualaikum....
hemm...dah nak masuk 2 minggu dah kita menjalani ibadah puasa. Harap-harap takde lagi la yang ponting, ye la Rasullullah penah bersabda, puasa yang kita tinggalkan sehari tak kan dapat di ganti walaupun kita berpuasa seumur hidup.
pada kali nie saya nak bebica satu salah faham pada umat Islam pada masa kini iaitu mengenai golongan yang di haruskan berbuka puasa iaitu orang tua yang tiada harapan sembuh, ibu yang mengandung bimbang keselamatan anak dalam kandungannya, pekerja berat dan lain-lain. Tetapi ini bukan lesen untuk golongan tersebut makan 24 jam. ia hanya la di haruskan makan apabila perlu sahaja sebagai contohnya golongan buruh yang berkerja berat diharuskan makan cuma untuk menambah tenaga untuk berkerja dan di suruh insak kembali iaitu menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa selepas itu.

Sunday, July 31, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalammualaikum......
Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432 bermakna kita  telah bermula berpuasa pada hari ini. Sebelum kita meneruskan ibadah puasa ini, perlu la kita tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita ini,bukannya apa cuma ingin  mengigatkan saja. Saya pasti semua di antara kita telah mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa takut-takut ada yang terlupa supaya kita tidak rugi di bulan yang penuh dengan berkat ini.
  1. Masuk cairan ke dalam perut melalui hidung, mata, terlinga, atau kelamuan wanita.
  2. Air masuk ke dalam perut akibat berlebihan ketika berkumur dan menghirup air dengan hidung ketika berwuduk.
  3. keliarnya air mani kerana melihat wanita atau berhubungan suami isteri.
  4. Muntah dengan sengaja.
  5. Makan dan minum dengan sengaja.
  6. Murtad dari Islam.
Semoga info ini dapat membantu para pembaca menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Thursday, July 21, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajib baginya berpusa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. Al Baqarah [2]: 185)


Seperti biasa setiap tahun seluruh umat Islam akan mengejarkan ibadah puasa yang di wajibkan kepada mereka yang telah baligh seperti firman-Nya,


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al Baqarah [2]: 183

tetapi ibadah puasa ini bukan satu bebanan yang Allah berikan kepada umat Islam tetapi rahmat kepada hamba-Nya yang di kasihi. Oleh itu, hendaklah kita semua merebut peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya kerana belum pasti lagi kita akan berjumpa dengan ramadhan yang akan datang jadi gunakan lah kesempatan yang diberikan.