Powered By Blogger

Sunday, August 14, 2011

SAHUR DAN KEBERKATAN


Amalan bersahur adalah amalan sunat yang di galakan di dalam ibadah puasa. Ia di lakukan sebelum masuknya waktu subuh iaitu sebelum bermulanya ibadah berpuasa. Tetapi sering kali alasan mengantuk dan letih diberikan untuk tidak bangon bersahur. Alangkah ruginya kita kerana tidak bersabur kerana di dalam amalan bersahur itu ada keberkatan dan keberkatan pula bermakna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai, dan Ibn Majah). Di dalam Hadis yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air."(Hadis riwayat Ibnu Hibban). Disini dapat kita lihat betapa pentingnya tuntutan bersahur sehingga memadai dengan seteguk air, kita telah mendapat berkat dari Allah.

 Selain itu, amalan bersahur juga dapat membezakan puasa kita umat Islam dengan puasa orang bukan Islam seperti orang Yahudi dan Nasrani. Hal ini di terangkan dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Allah berberikan kebaikan ke atas orang yang bersahur seperti yang di sabdakan Rasulullah "Sesungguhnya Allah dan malaikat mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur,"(Hadis riwayat At-Tabrani) Subahanallah bukan senang kita nak dapat doa dari Allah dan para malaikat, kalau kita di doakan oleh orang soleh atau alim ulamak pun kita berasa tertuah sangat ni kan Allah dan malaikat yang mendoa pasti akan termakbul doa tersebut.

selain disunatkan bersahur, kita juga di sunatkan melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan para sahabat Baginda. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya." ( Hadis rewayat Imam Ahmad). Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh, dalam hal ini Zaid bin Thabit pernah berkata " kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun unuk melakukan solat (subuh)". Zaid ditanya "Berapa lama antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?" berkata Zaid "sekadar membaca 50 ayat al-Quran".(Hadis riwayat Bukhari).