Powered By Blogger

Sunday, July 31, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalammualaikum......
Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432 bermakna kita  telah bermula berpuasa pada hari ini. Sebelum kita meneruskan ibadah puasa ini, perlu la kita tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita ini,bukannya apa cuma ingin  mengigatkan saja. Saya pasti semua di antara kita telah mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa takut-takut ada yang terlupa supaya kita tidak rugi di bulan yang penuh dengan berkat ini.
  1. Masuk cairan ke dalam perut melalui hidung, mata, terlinga, atau kelamuan wanita.
  2. Air masuk ke dalam perut akibat berlebihan ketika berkumur dan menghirup air dengan hidung ketika berwuduk.
  3. keliarnya air mani kerana melihat wanita atau berhubungan suami isteri.
  4. Muntah dengan sengaja.
  5. Makan dan minum dengan sengaja.
  6. Murtad dari Islam.
Semoga info ini dapat membantu para pembaca menjalani ibadah puasa dengan sempurna.