Powered By Blogger

Sunday, August 14, 2011

SAHUR DAN KEBERKATAN


Amalan bersahur adalah amalan sunat yang di galakan di dalam ibadah puasa. Ia di lakukan sebelum masuknya waktu subuh iaitu sebelum bermulanya ibadah berpuasa. Tetapi sering kali alasan mengantuk dan letih diberikan untuk tidak bangon bersahur. Alangkah ruginya kita kerana tidak bersabur kerana di dalam amalan bersahur itu ada keberkatan dan keberkatan pula bermakna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai, dan Ibn Majah). Di dalam Hadis yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air."(Hadis riwayat Ibnu Hibban). Disini dapat kita lihat betapa pentingnya tuntutan bersahur sehingga memadai dengan seteguk air, kita telah mendapat berkat dari Allah.

 Selain itu, amalan bersahur juga dapat membezakan puasa kita umat Islam dengan puasa orang bukan Islam seperti orang Yahudi dan Nasrani. Hal ini di terangkan dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."(Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Allah berberikan kebaikan ke atas orang yang bersahur seperti yang di sabdakan Rasulullah "Sesungguhnya Allah dan malaikat mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur,"(Hadis riwayat At-Tabrani) Subahanallah bukan senang kita nak dapat doa dari Allah dan para malaikat, kalau kita di doakan oleh orang soleh atau alim ulamak pun kita berasa tertuah sangat ni kan Allah dan malaikat yang mendoa pasti akan termakbul doa tersebut.

selain disunatkan bersahur, kita juga di sunatkan melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan para sahabat Baginda. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya." ( Hadis rewayat Imam Ahmad). Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh, dalam hal ini Zaid bin Thabit pernah berkata " kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun unuk melakukan solat (subuh)". Zaid ditanya "Berapa lama antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?" berkata Zaid "sekadar membaca 50 ayat al-Quran".(Hadis riwayat Bukhari).

Sunday, August 7, 2011

BUKAN ALASAN UNTUK......

Assalammualaikum....
hemm...dah nak masuk 2 minggu dah kita menjalani ibadah puasa. Harap-harap takde lagi la yang ponting, ye la Rasullullah penah bersabda, puasa yang kita tinggalkan sehari tak kan dapat di ganti walaupun kita berpuasa seumur hidup.
pada kali nie saya nak bebica satu salah faham pada umat Islam pada masa kini iaitu mengenai golongan yang di haruskan berbuka puasa iaitu orang tua yang tiada harapan sembuh, ibu yang mengandung bimbang keselamatan anak dalam kandungannya, pekerja berat dan lain-lain. Tetapi ini bukan lesen untuk golongan tersebut makan 24 jam. ia hanya la di haruskan makan apabila perlu sahaja sebagai contohnya golongan buruh yang berkerja berat diharuskan makan cuma untuk menambah tenaga untuk berkerja dan di suruh insak kembali iaitu menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa selepas itu.

Sunday, July 31, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalammualaikum......
Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432 bermakna kita  telah bermula berpuasa pada hari ini. Sebelum kita meneruskan ibadah puasa ini, perlu la kita tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa kita ini,bukannya apa cuma ingin  mengigatkan saja. Saya pasti semua di antara kita telah mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa takut-takut ada yang terlupa supaya kita tidak rugi di bulan yang penuh dengan berkat ini.
  1. Masuk cairan ke dalam perut melalui hidung, mata, terlinga, atau kelamuan wanita.
  2. Air masuk ke dalam perut akibat berlebihan ketika berkumur dan menghirup air dengan hidung ketika berwuduk.
  3. keliarnya air mani kerana melihat wanita atau berhubungan suami isteri.
  4. Muntah dengan sengaja.
  5. Makan dan minum dengan sengaja.
  6. Murtad dari Islam.
Semoga info ini dapat membantu para pembaca menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Thursday, July 21, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajib baginya berpusa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. Al Baqarah [2]: 185)


Seperti biasa setiap tahun seluruh umat Islam akan mengejarkan ibadah puasa yang di wajibkan kepada mereka yang telah baligh seperti firman-Nya,


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al Baqarah [2]: 183

tetapi ibadah puasa ini bukan satu bebanan yang Allah berikan kepada umat Islam tetapi rahmat kepada hamba-Nya yang di kasihi. Oleh itu, hendaklah kita semua merebut peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya kerana belum pasti lagi kita akan berjumpa dengan ramadhan yang akan datang jadi gunakan lah kesempatan yang diberikan.

Wednesday, March 30, 2011

'Atomic' clocks go dark in Japan

People living in earthquake-, tsunami- and now nuclear radiation-ravaged Fukushima have it bad enough. So when those with high-spec digital "atomic watches" saw their timepieces were failing, some thought radiation from the stricken Daiichi plant was interfering with the watches' workings.

They needn't have worried. The watches were not affected by radiation as feared - they don't run on anything like atomic power themselves. Instead, the radio signal they rely on a radio transmission from a true atomic clock - which measures the oscillations of non-radioactive caesium atoms - to keep precise time. 

It was the radio signal from a transmission station at mount Otakadoya that had gone dark. The station is located 16 kilometres from the Daiichi power station, within the 20 km zone of exclusion imposed when the plant started leaking radiation. It typically broadcasts its signal as one of two Selected Standard Frequency and Time Signal Stations in Japan.

The other lies in the south of Japan in Kyushu but broadcasts on a different frequency, leaving those devices relying on Fukushima's atomic clock time transmitter without an automatic update and their "atomic watches" out of kilter.

According to the National Institute of Information and Communications and Technology, which usually transmits the 40 kilohertz signal, broadcasts ceased a day after the massive Tohoku earthquake struck the region on 11 March. Officials at the institute said they have no idea when service might resume.

Thursday, February 17, 2011

SOALAN BOCOR

“soalan bocor “ aku pula lebih suka letak “SPM” seperti suatu tajuk dalam cerah ustaz Akhill Hayy, SPM bukan untuk Siji Pelajaran Malaysia, tapi Sijil Padang Mahsyar.

Dunia umpama pentas, dan manusia adalah pelakonnya,
Dunia umpama dewan exam,
masa-masa yang berlalu umpama peperiksaan,
amalannya adalah latihan dan bekalan, untuk memanti result yang cemerlang SPM (sijil padang mahsyar),..bak kate orang putih selalu cakap practice make perfect.

Alangkah gembiranya andai kata soalan exam diketahui oleh calon peperiksaan, pasti medah, hayan hafal jawapan dan jawab, sudah tentu cemerlang kan.
Begitu juga manusia, seorang hamba abadi kepada tuhannya, untuk menghadapi padang mahsyar, sudah ada soalan bocor.

1.      Siapa Tuhan kamu?
2.      Apakah agama kamu?
3.      Siapakah rasul kamu?

Soalan yang mudah, jawapan yang mudah, mudah di hafal, mudah di ingati, mudah untuk dijawab.
Namun, jangan disangka jalan yang luas, tiada kesesakannya. Pasti dan sepastinya wujud jawapan untuk memperoleh kecemerlangan sijil padang mahsyar(SPM) bukan seperti menghafal jawapan untuk sijil pelajaran Malaysia, tetapi untuk mencapai kecemerlangan tersebut,apa yang penting adalah ketika masa-masa yang berlalu, penilaian Nya bersifat menyeluruh, bersifat holistic, bersifat penilaian berterusan.
Seperti mana di firmankan oleh Allah S.W.T dalam surah Al- Ashr:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan yang beriman dan melakukan amal soleh, dan menasihati kea rah kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.”   

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul



Maulidur Rasul merupakan detik yang amat istimewa. Lantaran itu, ada-ada sahaja aturcara yang susun oleh masyarakat Islam demi meraikannya. Namun, sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa pengisian yang sewajarnya,  tidak ubah seperti sebiji gelas kristal yang indah, tetapi kosong tanpa isi – amat merugikan! Dan ia pasti menjadi lebih sia-sia apabila Muslim sendiri tidak mendaulatkan sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW.


Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya: "[I]Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah  dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." (An Nissak:59)

"Kembalikan kepada Allah dan Rasul" yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru , tidak dapat tidak, manusia tidak hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.

As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.

Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.

Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan. Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.

Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.

Sahih, Hasan & Daif

Sebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda: "[I]Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya."

Hadis merupakan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, ia termasuk dalam dalil bagi menentukan hukum serta peraturan agama selain al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama berperanan penting dalam menjelaskan maksud al-Quran. Sementara yang kedua pula menghuraikan hukum-hukum yang tidak dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya.

Ini sesuai dengan dua firman Allah dalam surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud: "[I]Kami turunkan kepadamu (Muhammad) akan Quran supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan (Quran) kepada mereka[/I]."  dan surah An Nissa' ayat 59 yang bermaksud: "Hai orang beriman! Ikut olehmu akan perintah Allah dan ikut olehmu akan perintah rasul."

Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua semua daripada sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan memutar belitkan hadis.

Terdapat beberapa peringkat hadis iaitu sahih, hasan dan daif. Hadis sahih merupakan hadis yang sanadnya bersambung dengan riwayat orang adil yang memiliki ingatan kuat (dhabith). Selain itu, hadis tersebut turut selamat daripada unsur-unsur penyimpangan dan illat (penyakit). Hadis sahih tidak terkumpul secara mutlak dalam satu kitab hadis.

Bagi hadis hasan pula, perawinya ringan iaitu tidak kukuh hafalannya berbanding hafalan orang yang dhabith. Sementara hadis daif adalah hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih dan hasan. Terdapat tiga jenis hadis daif iaitu daif (lemah), amat daif (sangat lemah) dan hadis maudhu' (palsu).

[B]Keistimewaan Sunnah[/B]

Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah.

Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud, "[I]Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)

Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.

Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunaah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.