Powered By Blogger

Monday, February 14, 2011

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA



Dimanakah cantiknya seorang wanita?  Mungkingkah pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu menberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-meju menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala member kucupan mersa di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak-anaknya. Atau mungking juga pada hilai tawanya dan suara manjanya yang dapat melembutkan perasan.

Sejuta perkataan pun belum cukup untuk menceritakan kecantikan seorang perempuan. Malah berjuta-juta kali ganda pun masih belum cukup untuk mendefinikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Seharusnya kita memanjatkan  kesyukuran kehadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan kita keindahan-keindahan itu. Namun begitu, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya, segalanya akan pergi jua. Wajah akan menjadi suram dan berkedut, mata pula akan menjadi kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat kewanitaan yang di pupuk dengan iman ibadah dan akhlak mulia.  

No comments:

Post a Comment